
Dr. Sugata Mitra adalah Professor
dalam bidang teknologi pendidikan di Universiti Newcastle, England.
Beliau amat terkenal dengan kajian“Hole in
the Wall” dan kajian ini telah memenangi anugerah TED 2013. Hasil dapatan Sugata Mitra melalui eksperimen “Hole in the Wall”menunjukkan sekumpulan pelajar,
yang telah diberi sumber perkongsian digital
mampu mempelajari cara menggunakan komputer dan internet dan terus belajar perkara yang
mereka ingin tahu tanpa mendapat bantuan sesiapa.
Kanak-kanak ini belajar tanpa memerlukan pemerhatian dari orang dewasa. Pelajar-pelajar ini belajar melalui komputer dan teknologi dan mampu menjawab soalan peperiksaan tanpa melalui
proses persekolahan tradisional.
Penemuan beliau menunjukkan kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu
yang kuat. Dengan menyediakan alatan yang sesuai pembelajaran boleh berlaku. Sugata berpendapat pembelajaran terjadi bukan dengan memaksa ia berlaku,
sebaliknya membenarkan ia berlaku tanpa paksaan. Beliau juga memperkenalkan
Self-organization educations (SOLEs) iaitu guru hanya berperanan untuk menyediakan
proses pembelajaran dan hanya sebagai pemerhati untuk membiarkan proses
pembelajaran berlaku. Peranan guru untuk merancang waktu pembelajaran dan menyediakan satu soalan yang
dapat mencetuskan minat murid untuk menyelesaikannya. Kemudian membiarkan murid belajar sendiri dan berkongsi maklumat dengan mengajar rakan-rakan mereka.
SOLEs telah direka dengan reka bentuk yang unik dan ia akan terus diubah suai untuk mendapat hasil
yang terbaik.
Pembelajaran masa hadapan:
School in the Cloud
School in the Cloud adalah satu program persekolahan yang dibentuk di
mana guru boleh mengawal keseluruhan proses pembelajaran melalui internet.
Sistem ini menekankan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran belajar
yang yang disediakan lebih menyeronokkan, tidak formal
dan menekankan kaedah pembelajaran kendiri. Ini bermaksud proses pengajaran dan pembelajaran tidak semestinya berlaku
di dalam kelas sahaja. Murid diberi peluang untuk menstrukturkan sendiri proses
pembelajaran mereka daripada pembentukan kumpulan sehingga kepada penghantaran tugasan.
CabaranSchool
in the Cloud di Malaysia
Pembelajaran secara School in the Cloud boleh dilaksanakan di
Malaysia secara berperingkat-peringkat dalam satu tempoh masa tertentu.
Ini kerana untuk merealisasikannya, guru perlu bekerjasama dan memainkan peranan yang
penting untuk melaksanakan sistem yang baru. Perubahan dari sistem pengajaran secara tradisional kepada penggunaan komputer dan internet memerlukan guru yang mempunyai kepakaran yang mendalam bukan sahaja dalam subjek
yang diajar malah haruslah mahir dalam bidang teknologi juga. Oleh itu, guru-guru
haruslah dilengkapkan dengan ilmu dan kemahiran-kemahiran dalam pembelajaran abad ke-21
ini. Kursus dan kemahiran yang terkini untuk menggunakan komputer dan alat digital perlu diberikan kepada
guru-guru untuk melaksanakan sistem pengajaran yang baru ini. Hal
ini juga memerlukan kos yang tinggi.
Selain itu, untuk memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran secara School in
the Cloud berjalan dengan lancar,
pihak sekolah haruslah melengkapkan sekolah dengan peralatan teknologi maklumat dan capaian
internet dan wi-fi dengan baik. Proses ini memerlukan peruntukan kos yang
banyak untuk melengkapkannya. Selain itu, proses penyelenggaraan juga memerlukan kos
yang besar serta tenaga kerja yang banyak.Tambahan pula, proses
pelaksanaannya untuk pelajar-pelajar yang bersekolah di luar bandar dan pedalaman sukar dilaksanakan memandangkan kelengkapan teknologi maklumat dan
internet yang kurang.
Kelebihan dan kekurangan pelaksanaan School in the Cloud
Kelebihan pelaksanaan School in the Cloud diantaranya adalah
proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik di mana guru-guru
akan berkolaborasi untuk memajukan sistem pendidikan dengan membina laman web yang
mengandungi software,
sumber pembelajaran seperti video, link, tugasan dan kuiz. Laman web
ini menyediakan sumber pembelajaran kepada pelajar untuk belajar dan mengulangkaji pada bila-bila masa. Persekitaran pembelajaran
yang lebih menyeronokkan dan kaedah pembelajaran kendiri dapat menghasilkan pelajar
yang mempunyai pemikiran kreatif dan pemikiran kritikal, mampu menyelesaikan masalah,
boleh berkolaborasi dengan rakan dan mempunyai sifat inkuiri yang tinggi.
No comments:
Post a Comment